perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

khas buat suami

Suamiku sayang..
kehadiranmu penuh bermakna bagiku,
kehadiranmu membawa cahaya hidupku,
kehadiranmu mengisi kekosongan jiwaku,
kehadiranmu memberi semangat diriku,

Suamiku sayang,
salammu dahulu kusambut dengan senyuman,
keranaku tahu salammu itu bukan mainan,
kata-katamu itu bukannya gurauan,
ianya adalah satu keihklasan,
menjadikanku sebagai teman,
teman hidup sepanjang zaman.

suamiku sayang,
kasih sayangmu tidak berbelah bagi,
untuk anak dan juga isteri,
menabur bakti dan berkorban diri,
demi kebahagiaan keluarga ini,
tanpa mengharap balasan diberi.

suamiku sayang,
penat lelahmu selama ini amat aku hargai,
jasamu itu tidak akan dilupai,
tidak tebalas dengan diri ini,
hanya doa sentiasa mengiringi,
supaya diberi kesihatan diri,
serta kasih disemai setiap hari,
menjadi keluarga yang diredhai,
sentiasa bahagia sehingga ke syurgawi..

Selamat Hari Lahir buat suamiku yang tersayang.. didoakan semoga menjadi seorang insan yang bertaqwa kepada Allah, menjadi seorang suami yang soleh dan seorang bapa mithali.. didoakan juga supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin.. Ketahuilah bahawa kami ( isteri dan anakmu ini ) amat menyayangimu.. saaaayang abang.. We Love U soooo muchh..


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mohd Amir Rusdi,
Allah selamatkan kamu..


Istimewa buatmu abang, 


No comments:

Post a Comment