perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 3, 2012

berenti susu badan

assalamualaikum..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..

lama ummi tak postkan entry kan.. minggu awal puasa kami balik berpuasa di kampung..

ni nak bercerita bukan pasai posa... tapi nak cerita pasai najihah yang....

yang apa??

kalau ikut umur Najihah mengikut kalendar masihi dan tengok ticker time tu kira masih belum sampai umo 2 tahun kan..  tapi kalau ikut bulan hijrah.. Ummi lahirkan dia pada 1 ramadhan.. jadii dah cukup la umor najihah 2 tahun.. Selamat Ulang Tahun kelahiran sayangku..

bukan tu yg nak ummi cerita sebenarnya..
ummi nak cerita pasai Najihah dah tidak menyusu badan lagi.. macam mana najihah boleh berenti menyusu badan nie?

 gambar dipinjam daripada ibu hakim..

masa hari kita puasa kedua tu.. Najihah asyik nak mengonggong je kejanya.. sampai ummi nak buat keja pon tak boleh.. ummi pon apa lagi.. dok pikir najihah dah cukup umur 2 tahun ( sebab ummi memang bajet nak susukan najihah sampai 2 tahun ).. jadi masa najihah tengah menggonggong tue.. umi suruh maksu dia amikkan serbuk kopi.. lepas dah ambil tu.. ummi pon letakkan serbuk kopi pada nenen.. Najihah memang tengah lihat ummi letak serbuk tu.. tapi dia tengok ada benda hitam.. terus dia bangun dan lari sambil kata itam..eee tamm...

sejak dari tu Najihah dah boikot susu ummi.. ummi tanya nak nenen tak.. mesti dia geleng kepala dan kata mau..mau...

itu la kisahnya.. huhu sedey ada gembira pon ada.. sebab pa ummi sedey? sebab ummi akan merindui saat2 menyusukan najihah.. tambah2 sejak menjak ni masa menyusu tu ummi akan sembang2 dengan dia macam entry sebelum ni.. dan dia pon akan respond soalan2 ummi tu...huhu rindunya.. ummi akan sematkan memori2 ini didalam diari hati ummi...

yang seronok pulak sebab ummi dah berjaya menyusukan Najihah sampai 2 tahun.. sebab dalam Islam pon menyarankan kita menyusu sehingga 2 tahun..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
" Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu bayi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebankan melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seseorang ibu itu menderita sengsara kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anaknya disusukan oleh orang lain maka tidak ada dosa bagi kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." ( Al- Baqarah: 233 )

itu saja la cerita kali ini.. nanti ummi akan cerita kelebihan dan kekurangan antara menyusu badan dengan isap susu botol ni.. InsyaAllah


wassalam.. ---;-<@