perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 20, 2012

Najihah dan tudung

assalamualaikum .. salam satu saudara..
hari Rabu haritu Najihah, abah dan ummi keluar p shopping d dua tempat..
keluar petang.. p Hasani book kat Sg Petani.. nak shopping buku sebab dapat voucer 1M tu.. ( ingat dak dulu ummi ada komplen pasai voucher buku kami budak IPG x dapat? refresh balik..)..
pusing..pusing..pusing 1 kedai.. buku yang nak tu  tak ada.. ada 1 ja.. macam mana nak perabih voucher rm200 ni.. abah kata guna la sikit dulu..ummi pon cari la buku2 kat Najihah.. cari buku2 bacaan motivasi.. cari alat tulis pa sikit nak bg cukup rm100 ja dulu.. nanti sambung shopping lain kat kedai lain pulak.. Najihah pon shok shopping buku..dok usung ja buku dia tu p ke hulu ke hilir..he..tapi ummi x sempat tangkap gambar la pulak..

pas maghrib kami p la tesco lak.. shopping barang rumah yg dah kepupusan semenjak ummi praktikum ni tak sempat nak keluar.. kesian pulak najihah dok teperuk dalam rumah ja.. so kami pon jejalan la di tesco..( x dak tempat lain dah..asik2 tesco ja tempat yang sesuai..sebab ada aircond..haha)..
sebenarnya bukan nak cita pasai kami shopping apa.. nak cita pasai Najihah dan tudung dia..

bayangkan kami keluar dari petang dok shopping2 kedai buku..pastu p pulak jalan2 tesco.. dia tak terasa nak buang pon tudung dia.. Alhamdulillah.. dia dah mula syok pakai tudung.. ni yang ummi syok dan bangga dengan anak ummi ni.. moga berkekalan selamanya.. amin..


ni masa dalam tesco.. abah dan ummi sibuk tangkap gambaq dia banyak sangat.. dia tarik tudung buang.. tapi ummi pakaikan semula tudung tu dan dia tak marah dan mahu pakai semula.. Alhamdulillah... kami pon jejalan la lagi di dalam tesco nan sejuk itu.. dan hasilnya... ni dia ----------->


tengok la barang shopping sikit ja..tapi mak aiii bila bayaq....ermmmm boleh tahan jugakk la... tapi tak kisah.. yang penting tengok najihah.... sampai balik o0oo dia tak buang tudung dia.. Sejuk perut ummi mengandung..ceewahh ayat.. hehe.. oke la sini saja.. cincau dulu..haha

----;-<@

Sunday, April 15, 2012

amalan baik untuk ibu yang menyusukan anak

Assalamualaikum anak ummi dan semua...
lama tak post kan.. baru2 ni ja ada kesempatan.. ummi bizi praktikum..huhu..nanti ummi cerita hal praktikum immu..kisah suka duka sepanjang praktikum..

tapi kali ini ummi nak share info yang bermanfaat buat ibu-ibu yang masih menyusukan anak ( BF ).. 
Alhamdulillah ummi masih menyusukan Najihah sampai sekarang dah umur 1 tahun 8 bulan walaupon terpaksa selang seli dengan susu botol.. hasil tensen praktikum, susu dah berkurang... tapi ummi tekad nak susukan Najihah sampai umur 2 tahun..



apa info dia?? ni dia..ummi akan cuba hafal dan amalkan...

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU

1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.


InsyaAllah mari kita sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita dan kita sendiri juga... 
Semoga Najihah mengikut jejak beliau dan menjadi Anak yang solehah dan pejuang agama.. amin...
----;-<@

Thursday, April 5, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)