perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 3, 2012

berenti susu badan

assalamualaikum..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..

lama ummi tak postkan entry kan.. minggu awal puasa kami balik berpuasa di kampung..

ni nak bercerita bukan pasai posa... tapi nak cerita pasai najihah yang....

yang apa??

kalau ikut umur Najihah mengikut kalendar masihi dan tengok ticker time tu kira masih belum sampai umo 2 tahun kan..  tapi kalau ikut bulan hijrah.. Ummi lahirkan dia pada 1 ramadhan.. jadii dah cukup la umor najihah 2 tahun.. Selamat Ulang Tahun kelahiran sayangku..

bukan tu yg nak ummi cerita sebenarnya..
ummi nak cerita pasai Najihah dah tidak menyusu badan lagi.. macam mana najihah boleh berenti menyusu badan nie?

 gambar dipinjam daripada ibu hakim..

masa hari kita puasa kedua tu.. Najihah asyik nak mengonggong je kejanya.. sampai ummi nak buat keja pon tak boleh.. ummi pon apa lagi.. dok pikir najihah dah cukup umur 2 tahun ( sebab ummi memang bajet nak susukan najihah sampai 2 tahun ).. jadi masa najihah tengah menggonggong tue.. umi suruh maksu dia amikkan serbuk kopi.. lepas dah ambil tu.. ummi pon letakkan serbuk kopi pada nenen.. Najihah memang tengah lihat ummi letak serbuk tu.. tapi dia tengok ada benda hitam.. terus dia bangun dan lari sambil kata itam..eee tamm...

sejak dari tu Najihah dah boikot susu ummi.. ummi tanya nak nenen tak.. mesti dia geleng kepala dan kata mau..mau...

itu la kisahnya.. huhu sedey ada gembira pon ada.. sebab pa ummi sedey? sebab ummi akan merindui saat2 menyusukan najihah.. tambah2 sejak menjak ni masa menyusu tu ummi akan sembang2 dengan dia macam entry sebelum ni.. dan dia pon akan respond soalan2 ummi tu...huhu rindunya.. ummi akan sematkan memori2 ini didalam diari hati ummi...

yang seronok pulak sebab ummi dah berjaya menyusukan Najihah sampai 2 tahun.. sebab dalam Islam pon menyarankan kita menyusu sehingga 2 tahun..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
" Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu bayi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebankan melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seseorang ibu itu menderita sengsara kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anaknya disusukan oleh orang lain maka tidak ada dosa bagi kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." ( Al- Baqarah: 233 )

itu saja la cerita kali ini.. nanti ummi akan cerita kelebihan dan kekurangan antara menyusu badan dengan isap susu botol ni.. InsyaAllah


wassalam.. ---;-<@

Sunday, July 8, 2012

perbualan antara anak dan ummi

Assalamualaikum...

sambil menyusukan Najihah..ummi pon sembang2 la dengan Najihah...

Ummi : Ni apa? ( sambil tunjuk pada hidung)
Najihah : ndummng... ( hidung la tu )
Ummi : Ni apa? ( pegang telinga dia )
Najihah : ermm ingaaa.. ( telinga jawab dia )
Ummi : Ni apa? ( tarik rambut dia )
Najihah : ( sambil tarik rambut dia ).. shaatt..
Ummi : hahahha lawak la Najihah nie.. ni bukan sikat... ni rambut..
Najihah : mmmbbuutt..

shaatt.. tu maksud dia sikat la.. selalu sikat rambut dia kata meh2 sikat rabut.. mungkin dia paham rambut tu sikat la.. tapi kalau suruh p amik sikart paham pulak.. lari terkedek2 amik sikat dan sikat rambut dia..

hehehe apa la najihah nie.. kadang2 jadi pelawak lak budak nie..

bab bercakap ni Najihah agak kureng sikit.. bukan tak pandai tapi kurang membunyikan suara.. kalau main pon senyap sunyi ja.. kaki tangan berjalan tapi mulut diam ja.. kalau baby lain mesti pot pet pot pet dengaq bunyi macam2.. tapi Najihah ni pendiam tapi diam2 ubi berisi.. macam ummi dia la.. hehe.. pendiam tak pa.. tapi sekali berhujah biar ternganga mulut orang mendengarnya.. tak gitu Najihah.. Ummi doakan Najihah akan jadi Pendakwah yang menyebarkan Islam araound the world.. Allahumma taqabbal du'a ana  ya Allah..

tepek gambaq budak lawak ni seket..



itu sahaja.. wassalam --;-<@

p/s : petang ni kami sekeluarga akan bertolak ke KL.. Ummi akan Konvo Rabu ni.. nanti ummi cerita kisah konvo.. InsyaAllah.. doakan kami selamat semuanya ya..

Saturday, July 7, 2012

Najihah cuba pakai baju

selamat hari sabtu.. hehe

Assalamualaikum...

harini nak cerita gelagat Najihah yang dah mula menampakkan kematangannya.. yang dah nampak ciri-ciri berdikarinya seorang anak.. hehe..

ni kisah 2 3 hari lepas.. ummi dah lupa hari pa.. ( ummi ni mudah lupa.. sejak2 beranak ni.. dah terputus 1 urat ingat kot..tu jadi lupa... mujuq tak gila.. Alhamdulillah..hehe ).. Ummi mandikan Najihah.. 

lepas mandikan dia.. Ummi pon pakaikan pempes bg dia.. dh pakai pa semua dah..ummi nk pakaikan la dia seluaq.. tapi dia riyau dan ambil seluaq tu..dia nk pakai sndiri..(sebenarnya banyak kali dah dia try pakai sendiri.. tp ummi x sempat nak snap.. haa.. kali ni ummi sempat.. )

ha ni la gaya budak nk pakai seluaq dan baju sendiri..


cubaan untuk memakai seluar...

siap pakai seluaq.. ambil baju pulak.. mula-mula angkat baju.. pastu....

pusing kot nu.. pusing kot nie.. cari bahagian mana nak mula dulu.. pastu..

tadaa.. oke jumpa dah... ermm camna ya ummi... 

dan akhirnya....

tadaaaa...ini la jadinya... ekekeke lawak tol Najihah ni...
ermm cubaan yang bagus.. nanti2 cuba lagi yang sayang...

itu ja la yang nak cerita..
wassalam..--;-<@

Friday, July 6, 2012

pengalaman praktikum part 2


Pada minggu keempat tu, ummi dah rasa macam lain sikit rasanya nak mula hari pertama hari isnin tu.. masa hari tu ummi ngajaq la macam biasa ikut jadual 30 masa yang sekolah bagi macam cikgu ala dg41 tu.. ummi tengah mengajar tahun 6 time tu.. time lepas rehat..tiba2 tipon bunyi.. selalunya tipon bunyi ummi tak dengar.. ni dengar pulak.. tupon bebudak yang bgtau..huhu.. angkat ja henpon tu, si dia kata saya dah ada di sekolah… waaaa terus rasa jantung tak berdegup..waaa sesak napas.. tolong2!! Mintak Oksigen… awat la dia lagutu.. memang lepas tahun 6 tu ummi akan direct masuk tahun 5 pulak.. dia mai nak observe ummi untuk kelas tahun 5 haritu.. waaa ummi tak sedia pon potongan2 bacaan qari minggu tu sebab dok buat yang minggu sebelum ni dia tak mai pon.. ingat hari isnin dia tak mai la.. tetapi sangkaan ku meleset..o0wh luruh jantungku..huhu.. masuk pulak kelas.. bebudak ni masih dok di bilik Kemahiran hidup.. alamakkk..bebudak ni bermasalah nihh kalau tak panggil.. waaturn la tangga dari tingkat 4 kelas depa ke bilik KH.. lepas panggil ja depa alahai melenggang ja jalan masuk kelas.. ada jugak yang melencong p tempat lain.. geramnyaaaa haritu.. panas2.. tu la cerita minggu tu…

Cerita minggu kelima pulak… cerita dia nak mai untuk observe bahasa arab ummi… kelas bahasa arab ummi hari rabu.. tetapi si dia tak mai pon hari rabu tu.. fuhh rasa macam lega la sikit lepas dah.. tetiba tup2.. hari khamis dia habaq dia nak p obsevrve esok hari jumaat kelas bahasa arab jam 8… waaa apa lagi.. melompat la ummi.. bukan melompat gembira.. melompat kalut cari jadual kelas budak tahun 3..tengok2 kelas sapa jam 8 tu mintak la masa cikgu tu macam mintak sedekah supaya bagi masa dia kat ummi sebab pensyarah nak mai observe.. berlarian la ummi p kelas budak2 tu habaq mintak tolong bawak buku bahasa arab esok.. ( ada yg tak bawak jugak..huhu…bukan salah depa ).. lepastu pulak.. kalut la ummi buat RPH bahasa arab dan kena terjemah pulak dalam bahasa melayu tapi tulis dalam jawi.. huhu jadi kerja lak ummi kena buat 2 rph haritu.. sebab si dia bukan ustaz.. si dia dari jabatan bahasa melayu.. so kena la tolong terjemah bagi.. tapi respect jugak kat dia sebab terer baca jawi.. wpon tulisan ummi ala2 khat roq’ah yg bercampur dgan khat rabihah buatan sendiri..hehe..haritu ummi stay back kat sekolah sampai pukul 5 lebey.. budak2 yang balik pon dah mai balik kat sekolah nak main bola time tu..huhu..
Lepas minggu kelima..minggu keenam ummi pon buat rutin yang sama… ummi kena observe dengan guru pembimbing.. sebenarnya guru pembimbing observe banyak kali dah.. tp ummi tak cerita pasai depa sangat kat sini sebab ummi tak dak masalah pa dengan depa sangat.. depa akan bagitau awal kalau depa nak observe ummi..so ummi boleh bersedia 2 3 hari lebey awal untuk buat prancangan dan BBM.. lepas ja minggu keenam.. hooreyyyy… bukan merdeka tapi cutiii… horeyy sebab dah selesai praktikum separuh daripada minggu yg ditetapkan… tapi ummi buat siap2 rph untuk isnin selepas cuti nuuu.. sebab ummi nak bercuti dengan sepenuh-penuh cuti..

haa.. tu la baru separuh daripada praktikum.. apa jadi dengan ummi pada minggu2 yang seterusnya??? 

bersambung ke part 3

wassalam ---;-<@

Thursday, July 5, 2012

menu untuk berbuka

assalamualaikum..

salam Nisfu Syaaban....

anda puasa tak hari ni?? apa juadah hidangan berbuka nanti? tak tau?? meh ummi nak kongsi idea dengan hangpa semua.. menu ni memang sedap kalau makan time bukak posa... ummi rasa sedap juga dibuat sebagai pencuci mulut.. bagi orang tak puasa lagi sedap makan time waktu lapaq balik kerja or time cuaca panas..tapi bagi ummi menu ni makan bila2 pon ummi suka sangat tak kira la cuaca panas ka sejuk.. ummi hentam sekali harung ja abis satu bekas.. hehe..

menu apa ni ummi?? haish membebel tak habis2.. tapi menu pa pon tak habaq lagi..

okey.. okey... menu yang nak dikongsi harini adalah......

PUDING JAGUNG KOKTAIL...

  sebenarnya menu ni dah belambak2 dalam internet dan buku2..saja la ummi nak habaq jugak cara membuatnya.. ada jugak sentuhan2 ummi dalam menu tu..hehe .. ummi dah banyak kali buat.. dan ummi pon baru ja buat hari isnin haritu.. dan dah abis dah pon dibalun oleh abah.. hehe..

apa bahan dan camna cara buat dia?? senang ja..

ummi tak habaq dah bahan2 dia.. kira ummi habaq sekali harung bahan dan cara buat dia.. kan lagi senang kerja..hehe

untuk buat puding dia..

masukkan ke dalam periuk 1 tin jagung krim ( ala jagung yang dalam tin tu..tak kira la jenama pape pon..), masuk jugak 2/3 tin susu cair ( ada jugak orang guna santan ), kemudian 1 cawan tepung kastard, 1/2 cawan gula ( sebab ummi boh susu kalau guna santan boh la 1 cawan gula ) dan 5 cawan air.. buka api dan gaul2 sehingga semua sebati... gaul2 sampai la dia jadi pekat.. gunakan api yang kecil pasai takut hangit di bahagian bawah.. sebab tu kena kalau / gaul selalu.. ( tapi ummi suka guna api besar dulu.. bagi dia cepat pekat dan bila dah pekat baru guna api kecik.. kalau tak buat macam tu alamatnya lambat la nak masak.. )

ni la dia hasil dia.. tapi ni x pekat lagi.. kena kacau2 lagi dengan api yang kecil..

bila dah pekat boleh la masukkan dalam bekas.. ikut la kalau suka bekas kecik boh dalam bekas kecik2..tp jangan boh penuh pulak..kalau suka bekas besaq boh dalam bekas besaq boleh cedok ja nanti bila nak hidang..  kalau ummi suka boh 2 jenis bekas..macam ni..

sebab ada 5 orang yang nak makan, ummi boh la siap2 dalam bekas kecik 5 orang.. kalau nak tambah boleh ja cedok dalm bekas besaq kaler kuning tu.. tapi kalau ramai better boh dalam bekas besaq.. nanti cedok ja bahagi2 amik sorang sikit..hehe.. dah boh semua abis dah.. biaq bagi sejuk dulu baru masukkan ke dalam peti ais.. ( tips : jangan masukkan benda yang masih panas dalam peti sejuk.. nanti rosak peti ais tu..sejuk panas bergabung meletuuup..haha macam lagu adam dan stacy )

oke dah jadi puding.. untuk kuah dia pulak..

guna periuk lain..( kalau nak guna periuk tadi kena basuh  dulu la..ekeke..) masukkan 1 tin susu cair, 2 tin air ( guna tin susu tadi ) dan 1/2 cawan gula ( kalau tak suka manis kurangkan, kalau suka manis elok la jangan tambah lagi gula takut kena kencing manis lak..hahaha ).. buka api dan gaul2 sehingga gula hancur.. gaul2 tapi jangan sampai dia mendidih.. sekadar nak bagi gula hancur ja.. oke siap.. biarkan sebentar bagi sejuk.. dah sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk..

oke bila nak hidang untuk makan..

keluarkan puding.. masukkan koktail ( buah-buahan dalam tin tu ) ke dalam bekas puding tadi.. pastu masukkan kuah susu tadi.. tadaaaaa.. dah siap dan sedia untuk dimakan...

 ha tu dia rupanya.. sebenarnya ni yang bekas cedok ja.. yang bekas kecik2 tu tak sempat ummi nak tangkap gambar.. dah mot liau orang siam cakap.. habis daaaa orang melayu cakap..hehe..

oke itu saja yang ummi dapat kongsi.. akhir sekali selamat mencuba.. anda buat anda dapat ..

wassalam ---;-<@

Tuesday, July 3, 2012

Najihah senyum

assalamualaikum...

senyum seindah suria yang membawa bahgia..
senyumlah dari hati.. duniamu berseri..
lalalalalala..lalala... ( sila nyanyi sendiri..he..he.. )

nyanyi pulak dah hari nie.. 
entri kali ni ukan nak cita pasai nyanyi.. tapi nak cita pasai senyum..
senyum sapa?? senyum si budak kidik Najihah la..

pasai pa? pasai Najihah ni memang cukup susah bila nak mintak dia senyum time bergambar.. bukan mintak senyum ja susah.. nak tangkap gambar dia pon susah.. jual mahal la tu... macam ummi dia jugak.. malas nak bergambar.. tapi kalau tak dak orang berposing jugak ummi..hohoho

tapi najihah ni lain.. orang yang amik gambaq dengan dia atay nak tangkap gamabr dia semua cakap kata susah.. susah nak bagi dia tengok dan fokus betul2 pada kamera..huhu apa la Najihah ni..

ha tak pecaya.. meh ummi tunjuk beberapa keping gambar..


 time ni masa shopping di tesco.. 


puas suruh tengok kamera.. tengok jap pastu kalih tempat lain.. jd blurr ja gambar.. yang ni baru clear..

adala lagi..

ni gambar terbaru.. ummi bawa najihah ke sekolah untuk hias khemah rumah sukan..


yang ni mau tengok kamera.. itu pon cepat2 ummi tangkap gambar.. kalau tak.. asyik nak bermain ja.. wpon tengok kamera tapi x mau senyum...

dan satu hari tu ummi sempat tangkap gambar dia senyum... tapi..


haaa.. tengok boleh pon senyum.. senyum senget.. memang selalu Najihah senyum senget kalau dia tengok ada benda yang syok dimata dia.. ( senyum ala ala nakal gitu ).. time ni dia kalut nak tengok gambar dia kat kamera ummi.. tu yang dekat dan senget ja..

itu ja la setakat ni pasai keletah najihah yang susah untuk diajak berposing.. ummi pulak beriya-iya dok pikir nak masuk peraduan gaya adik dalam Pa&Ma punya web.. tapi tak dak lak gambar yang berposing best.. nak diajak berposing pon macam susah ja... tak pa la.. macam mana pon.. ummi tetap suka bila tengok Najihah senyum senget.. macam ada sesuatu ja yg dipikir dalam otak dia..hehe

okey.. wassalam ---;-<@  



Sunday, July 1, 2012

khas buat abang-abang

EH awat entry  kali ni ada abang-abang pulak??
bape banyak abang ummi ada? hehehe

banyak suami ka?? banyak abang kandung ka?? banyak abang angkat ka? banyak abang ipar ka???
dalam semua2 soklan tu.. soklan yang last tu betul..memang banyak abang ipaq... 3 orang...

tapi ni bukan maksud abang2 semua tu.. entry kali ni ditujukan khas istimewa buat abang iaitu suami ummi la.. dan abang2 lain iaitu lelaki2 yang bergelar suami...

apa dia??? ni dia nasihat khas daripada ustaz Don Danial..

 .......................................
.................................
.......................
............
......
...
.


 
itu ja la...

wassalam ---;-<@

Friday, June 29, 2012

pengalaman praktikum part 1

Assalamualaikum.. apa kabaq semua..salam satu saudara..

lama betui ummi tak menulis ye..maap la lepas ja exam ummi balik kampung..balik kg kena la posa..posa ternet.. 

ermmm... baiklah..

Haritu ummi ada kata nak cerita pasai minggu praktikum ummi kan..kisah suka duka sepanjang praktikum..

Ha ni dia nak cita bagi la ni..

Sebelum mula cita praktikum meh ummi habaq sekali lalu kehidupan sebelum praktikum.. camna kehidupan budak2 yang dapat KPLI jQAF nie ( ermm budak2 tu termasuk dengan mak dan bapak budak yer..hehehe)..

Dapat ja surat mesti tengok mod kursus tu jenis apa? O0o0o mod kursus anda adalah jenis LPBS iaitu latihan perguruan berasaskan sekolah.. itu bermakna anda tidak akan belajar sepenuh masa di IPG..( eh tau ka IPG tu apa? Search sendiri la tu pon nak habaq..haha..).. jadi makna kata disini..tak dak maknanya la nak bersenang lenang belajaq ala2 U dolu-dolu.. kena masuk sekolah jawabnya..belajaq daripada pengalaman sekolah.. lagi tak bermaknanya disini apabila cuti2 hangpa akan masuk IPG belajaq..( ha time ni la hangpa nak bersenang lenang macam dok U dolu-dolu..tp tak senang jugak..kerja kumpulan berlambak-lambak.untuk presentation dalam kelas..waaaa... tak sempat nak p jalan tesco wpon hanya 5 minit ja jalan kaki dri IPG ummi sampai pintu tesco tu..huhu..) time belajaq kena la belajaq betoi2 sebab hanya berapa kali cuti ja yg ada kan..makna kata hanya belajaq beberapa kali ja la untuk khatam segala buku dan modul2 yg diberikan..( jenuh gak nak khatam buku bila exam haritu..huhu :( )

Haa..tu la cita pasai kena belajaq dulu dan dalam masa yang sama masuk sekolah jadi macam cikgu2 biasa..dapat kelas pon belambak-lambak masa macam cikgu biasa jugak.. tempoh selama 1 tahun… rutin ala2 guru dah dapat gaji DG41..wpon hanya dapat elaun RM1*** dari IPG.. 

Habes ja masa 1 tahun mod LPBS tu.. dah cuti hujung tahun.. dan time cuti tu jangan harap nak makan2 angin lagi..wpon perut dah kembung dengan angin..hangpa lapaq angin macam mana pon kena bertahan jugak sebab kena masuk IPG dan belajaq dan belajaq dan belaaaajaqqq..sampai la 2 minggu sebelum buka sekolah…ada 2 minggu ja nak wat pape pon..ada yg nak p mkn angin..ada yg nak buang angia.. ada yg nak kawen..ada yang nak p kenuri kawen..segala-galanya time tu la..

Abes la 2 minggu cuti yang entah cuti atau macam tak ja…

Tahun baru pon bermula… taraaaa.. masuk la anda ke sekolah yang sama sebagai guru praktikum..

Ermmm.. masuk sekolah mula2 mcm biasa..cikgu2 lain dan termasuk guru besar pon dah anggap kami macam guru lama disitu.. so ketidakfahaman mereka perlulah diperjelaskan yang mengatakan bahawasanya kami ini adalah guru praktikum.. walaubagaimanapon mereka masih tidak faham jugak status kami ini.. so buat biasa ja la… sampai la kami dapat jadual pon sampai 30 masa… aik mana aci… ada budak praktikum mod sepenuh masa di IPG dan buat praktikum disekolah ni dapat masa 12 masa ja..beza jauh mak aiii dengan kami.. memang tak adil..not fair la org kampong ummi kata..

Haaa ni baru intro.. tak masuk lagi nie… haish bila nak masuk nie..???? jeng..jeng..jeng…
Sebelum mula minggu praktikum.. kita kena la p bincang sgan GB atau PK Tanya tentang jadual praktikum..mintak kelas nak uat praktikum..bincang punya bincang ummi pon decide ambil kelas pendidikan islam tahun 5 sebagai major dan Bahasa Arab sebagai minor ummi tahun 3..Alhamdulillah dapat kelas budak2 pandai.. ( kadang2 pandai terlebey budak2 ni sampai cikgu pon tak hormat, terasa pandai atau terasa dia tu anak kepada orang yang pandai.. maklum la ramai anak cikgu, peguam, akauntan dan macam2 lagi high standart mak bapak budak2 nie )

Okeh masuk Minggu pertama praktikum..mula hari pertama… alamakkkk..macam mana ni nak wat RPH al-Quran nie.. sebab silibus 6 bulan pertama budak2 ni ken abaca al-Quran.. bukannya surah2 pendek.. waaa..kelam kelibut la buat RPH  hari pertama, kedua, ketiga dan keempat….. ummi amik 4hari ja.. ingat leh rehat la hari keempat tu sebab hari esoknya tak perlu buat RPH…tetapi lagi la kelam kelibut bila ummi dok rehat2 dengan Najihah dan..kring..kring..telepon bunyi mesej pensyarah habaq nak mai observe.. waaaa terus tipon dia Tanya nak mai observe ka nak mai melawat lawatan social??? Whattt?? Nak mai observe trus… ummi habaq kat dia kata esok saya tak dak kelas praktikum.. tahun 5 tak ada masa pendidikan Islam esok… dia kata nak mai jugak..ejas la macam mana pon.. ummi dah hangin dan pening satu macam ja.. rasa ngandung dulu pon tak macam nie.. geram rasa sebab ikut suka dia ja nak mai bila.. orang dah bagi jadual.. pastu bagitau time petang dah pon.. dah balik sekolah dah pon..pejabat pon dah tutup.. piker-pikir punya piker.. ummi terpaksa ambil kelas ummi jadual biasa esoknya iaitu kelas tahun 2.. memandangkan ummi dah biasa buat RPH Al-Quran, ummi pon buat la ikut mcm tahun 5 tapi turunkan sedikit levelnya.. kalut ummi buat RPH petang tu sampai merap suami jangan pi niaga malam tue.. mintak tolong jaga najihah.. pastu merap dia pESOKNYAa… mai la pensyarah nie.. buat la ummi pengajaran dengan bebudak yang tak berapa nak pandai berlakon tu.. budak2 tu pon buat perangai macam biasa wpon dah kena pesan awai2..geram jugak..tp sabar2.. abes sesi pengajaran ada la sedikit perbincangan dengan pensyarah… masa dia bagi komen2 tu dia ada la Tanya ni guna pedagogi apa ya? Guna pendekatan apa? Strategi apa?guan teknik apa?? Makkk aiii aku belom khatam lagi bab tu.. waaaa terkelu lidah ummi.. yang dok ingat sikit2 terus jadi lupa.. betoi terus lupa macam orang tak pernah belajaq sebelom nie.. huhu rasa nak nangis pon ada.. tapi dia tak marah pon.. dia bagi teguran la.. dia habaq serba sedikit perkara yg perlu ada dalam RPH dan cara kawalan kelas.. dan yang penting dia kata dia suka pengajaran berpusatkan murid.. ( makna kata kena buat banyak aktiviti dengan murid la nie.. )

Tu la cita  minggu pertama…pastu minggu seterusnya ummi buat RPH selepas waktu sekolah.. dan ummi pon stay back di sekolah untuk siapkan rph ummi tue.. kalau sempat siapkan skali dengan BBM ( bahan bantu mengajar ).. ummi akan balik dalam pukul 4 petang..huhu.. masa dirumah adlah untuk anak.. sebab piker kesian kat najihah tak sempat nak menjenguk dia semenjak seminggu ummi praktikum nie.. ummi kena manage masa dengan betul supaya praktikum ummi tak terabai dan najihah pon tak terabai..

Begitu la rutin harian ummi pada minggu kedua dan ketiga.. ummi akan siapkan RPH siap2 walaupon untuk hari isnin minggu depan, ummi siapkan pada hari jumaat minggu sebelumnya.. minggu kedua dan ketiga ummi siap potong2 bacaan qari ikut rancangan yang ummi buat..tapi si dia tak mai pulak..huhu..menunggu dalam ketakutan.. 


haaaa... apa jadi pada minggu seterusnya?? bersambung ke part 2

wassalam ---;-<@


Saturday, June 16, 2012

tahniah

tahniah buat adik ipar yang baru dapat baby.. anak mesir tu..




ummi tengah exam minggu tu.. balik rumah baru dapat tau.. pape hal.. welcome tu our group...group pa n ma..hehe.. " setiap anak dilahirkan itu adalah amanah...jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.."---> anak dia ni la...http://faridmw.blogspot.com/

Friday, April 20, 2012

Najihah dan tudung

assalamualaikum .. salam satu saudara..
hari Rabu haritu Najihah, abah dan ummi keluar p shopping d dua tempat..
keluar petang.. p Hasani book kat Sg Petani.. nak shopping buku sebab dapat voucer 1M tu.. ( ingat dak dulu ummi ada komplen pasai voucher buku kami budak IPG x dapat? refresh balik..)..
pusing..pusing..pusing 1 kedai.. buku yang nak tu  tak ada.. ada 1 ja.. macam mana nak perabih voucher rm200 ni.. abah kata guna la sikit dulu..ummi pon cari la buku2 kat Najihah.. cari buku2 bacaan motivasi.. cari alat tulis pa sikit nak bg cukup rm100 ja dulu.. nanti sambung shopping lain kat kedai lain pulak.. Najihah pon shok shopping buku..dok usung ja buku dia tu p ke hulu ke hilir..he..tapi ummi x sempat tangkap gambar la pulak..

pas maghrib kami p la tesco lak.. shopping barang rumah yg dah kepupusan semenjak ummi praktikum ni tak sempat nak keluar.. kesian pulak najihah dok teperuk dalam rumah ja.. so kami pon jejalan la di tesco..( x dak tempat lain dah..asik2 tesco ja tempat yang sesuai..sebab ada aircond..haha)..
sebenarnya bukan nak cita pasai kami shopping apa.. nak cita pasai Najihah dan tudung dia..

bayangkan kami keluar dari petang dok shopping2 kedai buku..pastu p pulak jalan2 tesco.. dia tak terasa nak buang pon tudung dia.. Alhamdulillah.. dia dah mula syok pakai tudung.. ni yang ummi syok dan bangga dengan anak ummi ni.. moga berkekalan selamanya.. amin..


ni masa dalam tesco.. abah dan ummi sibuk tangkap gambaq dia banyak sangat.. dia tarik tudung buang.. tapi ummi pakaikan semula tudung tu dan dia tak marah dan mahu pakai semula.. Alhamdulillah... kami pon jejalan la lagi di dalam tesco nan sejuk itu.. dan hasilnya... ni dia ----------->


tengok la barang shopping sikit ja..tapi mak aiii bila bayaq....ermmmm boleh tahan jugakk la... tapi tak kisah.. yang penting tengok najihah.... sampai balik o0oo dia tak buang tudung dia.. Sejuk perut ummi mengandung..ceewahh ayat.. hehe.. oke la sini saja.. cincau dulu..haha

----;-<@

Sunday, April 15, 2012

amalan baik untuk ibu yang menyusukan anak

Assalamualaikum anak ummi dan semua...
lama tak post kan.. baru2 ni ja ada kesempatan.. ummi bizi praktikum..huhu..nanti ummi cerita hal praktikum immu..kisah suka duka sepanjang praktikum..

tapi kali ini ummi nak share info yang bermanfaat buat ibu-ibu yang masih menyusukan anak ( BF ).. 
Alhamdulillah ummi masih menyusukan Najihah sampai sekarang dah umur 1 tahun 8 bulan walaupon terpaksa selang seli dengan susu botol.. hasil tensen praktikum, susu dah berkurang... tapi ummi tekad nak susukan Najihah sampai umur 2 tahun..



apa info dia?? ni dia..ummi akan cuba hafal dan amalkan...

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU

1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.


InsyaAllah mari kita sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita dan kita sendiri juga... 
Semoga Najihah mengikut jejak beliau dan menjadi Anak yang solehah dan pejuang agama.. amin...
----;-<@

Thursday, April 5, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)