perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 5, 2012

menu untuk berbuka

assalamualaikum..

salam Nisfu Syaaban....

anda puasa tak hari ni?? apa juadah hidangan berbuka nanti? tak tau?? meh ummi nak kongsi idea dengan hangpa semua.. menu ni memang sedap kalau makan time bukak posa... ummi rasa sedap juga dibuat sebagai pencuci mulut.. bagi orang tak puasa lagi sedap makan time waktu lapaq balik kerja or time cuaca panas..tapi bagi ummi menu ni makan bila2 pon ummi suka sangat tak kira la cuaca panas ka sejuk.. ummi hentam sekali harung ja abis satu bekas.. hehe..

menu apa ni ummi?? haish membebel tak habis2.. tapi menu pa pon tak habaq lagi..

okey.. okey... menu yang nak dikongsi harini adalah......

PUDING JAGUNG KOKTAIL...

  sebenarnya menu ni dah belambak2 dalam internet dan buku2..saja la ummi nak habaq jugak cara membuatnya.. ada jugak sentuhan2 ummi dalam menu tu..hehe .. ummi dah banyak kali buat.. dan ummi pon baru ja buat hari isnin haritu.. dan dah abis dah pon dibalun oleh abah.. hehe..

apa bahan dan camna cara buat dia?? senang ja..

ummi tak habaq dah bahan2 dia.. kira ummi habaq sekali harung bahan dan cara buat dia.. kan lagi senang kerja..hehe

untuk buat puding dia..

masukkan ke dalam periuk 1 tin jagung krim ( ala jagung yang dalam tin tu..tak kira la jenama pape pon..), masuk jugak 2/3 tin susu cair ( ada jugak orang guna santan ), kemudian 1 cawan tepung kastard, 1/2 cawan gula ( sebab ummi boh susu kalau guna santan boh la 1 cawan gula ) dan 5 cawan air.. buka api dan gaul2 sehingga semua sebati... gaul2 sampai la dia jadi pekat.. gunakan api yang kecil pasai takut hangit di bahagian bawah.. sebab tu kena kalau / gaul selalu.. ( tapi ummi suka guna api besar dulu.. bagi dia cepat pekat dan bila dah pekat baru guna api kecik.. kalau tak buat macam tu alamatnya lambat la nak masak.. )

ni la dia hasil dia.. tapi ni x pekat lagi.. kena kacau2 lagi dengan api yang kecil..

bila dah pekat boleh la masukkan dalam bekas.. ikut la kalau suka bekas kecik boh dalam bekas kecik2..tp jangan boh penuh pulak..kalau suka bekas besaq boh dalam bekas besaq boleh cedok ja nanti bila nak hidang..  kalau ummi suka boh 2 jenis bekas..macam ni..

sebab ada 5 orang yang nak makan, ummi boh la siap2 dalam bekas kecik 5 orang.. kalau nak tambah boleh ja cedok dalm bekas besaq kaler kuning tu.. tapi kalau ramai better boh dalam bekas besaq.. nanti cedok ja bahagi2 amik sorang sikit..hehe.. dah boh semua abis dah.. biaq bagi sejuk dulu baru masukkan ke dalam peti ais.. ( tips : jangan masukkan benda yang masih panas dalam peti sejuk.. nanti rosak peti ais tu..sejuk panas bergabung meletuuup..haha macam lagu adam dan stacy )

oke dah jadi puding.. untuk kuah dia pulak..

guna periuk lain..( kalau nak guna periuk tadi kena basuh  dulu la..ekeke..) masukkan 1 tin susu cair, 2 tin air ( guna tin susu tadi ) dan 1/2 cawan gula ( kalau tak suka manis kurangkan, kalau suka manis elok la jangan tambah lagi gula takut kena kencing manis lak..hahaha ).. buka api dan gaul2 sehingga gula hancur.. gaul2 tapi jangan sampai dia mendidih.. sekadar nak bagi gula hancur ja.. oke siap.. biarkan sebentar bagi sejuk.. dah sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk..

oke bila nak hidang untuk makan..

keluarkan puding.. masukkan koktail ( buah-buahan dalam tin tu ) ke dalam bekas puding tadi.. pastu masukkan kuah susu tadi.. tadaaaaa.. dah siap dan sedia untuk dimakan...

 ha tu dia rupanya.. sebenarnya ni yang bekas cedok ja.. yang bekas kecik2 tu tak sempat ummi nak tangkap gambar.. dah mot liau orang siam cakap.. habis daaaa orang melayu cakap..hehe..

oke itu saja yang ummi dapat kongsi.. akhir sekali selamat mencuba.. anda buat anda dapat ..

wassalam ---;-<@

No comments:

Post a Comment