perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

najihah kena kurung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
ermm apa nak tulih pon tak tau..

he.. meh la cek ceritakan gelagat si budak tecik yang sekarang dah laju merangkak dan mula pandai panjat merata.. jenuh nak kepong ooii.. 


tengok tu sempat lagi dok pilih potato.. nak tolong abah ni.. anak solehah

kaih abah jom angkat pi basuh.. ( padahal berdiri pon tak cekap lagi.. hehehe )

 
najihah.. posing sket..>> aaa... ( nganga pulak )

tu la.. bukan boleh letak sikit.. mesti nak p memanjat besen tu.. kalau tak dak besen tu mesti nak p panjat almari tv pulak atau sofa.. 

angkat dan letak balik.. tapi tak mao duk diam jugak.. tu gaya nak p dekat almari TV la tu..
apakah cara penyelesainnya???

vvvvvvvvvvvvv
vvvvvvvvvv
vvvvvvv
vvvv
vv
v


tolong.. tolong.. cek kena kurung.. ( sila abaikan background ye :P )

haa.. kena kurung la jawabnya.. tapi still memanjat lagi.. haish anak ummi nak boleh berjalan cepat kot ye.. kalau boleh Alhamdulillah.... apa2 pon ummi doakan Najihah membesar dengan sihat dan cergas seterusnya menjadi anak yang solehah dan qurrata a'yun buat abah dan ummi... amin..

itu saja perkongsian.. salam alaikum

p/s : pengalaman sebagai ummi adalah suatu penerokaan.. Alhamdulillah Ya Allah

Sunday, April 17, 2011

perkembangan pertuturan

sesi mengelap habuk dan mengilatkan kembali blog ini..( ^_^)

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kami anak yang sihat dan cergas.. sapa lagi kan.. si budak tecikk Nur Aqilah Najihah yang sekarang dah berumur 8 bulan..

selama Najihah membesar ni cek sebagai ummi kepada dia dah lihat perkembangan yang amat positif sejak dari lahir sehinggalah sekarang.. dari umur 1 hari sehinggalah sekarang dah 8 bulan lebey.. perkembangan demi perkembangan yang dilalui Najihah sangat memberansangkan dan kekadang melebihi daripada umur yang sepatutnya.. oohh.. its a wonderful life as a mom for me ( betui ka grammar cek ni.. hentam ja la..hikhik )

awat cek kata perkembangannya kekadang melebihi daripada ummurnya?? hehe..

ni yang cek nak cita ni.. perkembangan Najihah dari segi pertuturan.. aikk Najihah boley cakap dah???
BOLEH.. betuii Najihah dah boleh tuturkan beberapa patah kata.. tapi tak da la sampai boleh cakap.. kang terkezut pulak orang.. mau repoter mai wat liputan.. hahaha..

apa yang Najihah boleh tuturkan??

1) Masa umur dia 3-4 bulan Najihah dah mula sebut kalimah Allah... camna Najihah leh sebut?? masa time nak tidurkan dia, kami selalu zikirkan ( Subhanallah- wal Alhamdulillah- wa Lailahaillah- wa Allahuakbar ) .. kalau tak zikirkan zikir ni ( zikir ni ja dia mau, zikir lain dia tak berapa mau )mesti dia tak lelapkan mata.. sampai la suatu ketika dia dah serasi dengan zikir2 ni dan turut sebut sekali.. dia bunyi la.. uuuu..ermmm.. pastu sampai dekat zikir Allahuakbar dia sebut Aawaahh ( Allah la bagi bahasa dia yang masih belom fasih ).. ingatkan sekali je sebut..kot la tak sengaja.. rupanya banyak kali.. dan sahih la dia memang dah mula ikut dan sebut..

2) Kalimah kedua dia sebut adalah Abah.. masa umur dia 6 / 7 bulan.. masa ni cek duk dengar Najihah rajin bunyi aaa..tatatata..aaa.. tatata.. bila dia dok main.. cek pon suruh dia bunyikan aaaa bababa.. aaabababa.. dia tak ikut lagi.. cek ulang banyak2 kali.. pastu dia sebut aabababa.. ababa.. pastu hari seterusnya cek pon ajaq la dia sebut aaabaahh.. dan dia pon sebut aabah..yeayy pandai sebut abahh..

3) Dan haritu dalam minggu ni jugak.. kira umur dia dah masuk 8 bulan.. dia dah boleh sebut huruf ''A".. kisah dia macam nie.. cek belikan dia buku Alphabet yang kecik tu buat dia main2.. selalu cek bagi kat dia, cek akan sebutkan dua huruf iaitu " A'' dan " B".. cek bunyikan banyak2 kali.. dia tak ikut pon.. tapi hari tu, dia dok main-main dengan permainan dia pastu dia amik buku tue dan tiba-tiba dia kata dengan sendirinya " A"..  cek pon tergamam.. waahh anak ummi pandai dah sebut ''A".. berbunga-bunga hati ni haritu.. lepas hari tu kalau sebut kat dia banyak2 kali " A" dia akan mudah untuk ikut..

nia dia buku " A " tersebut
( tu dia aih.. awat serabai sangat rambut tu cekk..hehe..)

Itu la diantara perkataan-perkataan yang cek nak 'highlight' kan kat sini sebab banyak lagi yang Najihah sebut tanpa sengaja dan kekadang ikut orang sebut.. seperti Hai ( ni ikut toklong merangkap pengasuh dia duk panggil dia hai..hai.. tiba2 dia pon kata hai jugak ).. lagi kata Bah ( yang ni pulak, dia dok tengok tv ada orang sabah dok cakap.. bah.. bah.. tiba2 dia pon kata bah ) hehe..

okey la yang tu dulu la cek leh cita.. Alhamdulillah.. segala puji dan syukur dipanjatkan dengan anugerah yang Allah telah berikan ini.. kami selaku Abah dan Ummi selalu mendoakan yang terbaik buat Najihah.. Semoga Najihah membesar dengan sihat dan cergas lagi cerdik dan menjadi anak yang solehah dan insan yang bertaqwa.. amin..