perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 24, 2011

solat dengan anak yang pakai diapers.. hukumnya??

assalamualaikum..

apa khabar semua.. semoga sihat dan menemui malam al-Qadr.. ummi pon mengimpikannya.. tapi disebabkan keterhadan ummi yang tergolong dalam kategori IBU ni membuatkan segala aktiviti terhad.. terutamanya dibulan Ramadhan yg mulia ni..

orang yang mempunyai anak tak kira dah besaq atau masih kecik lagi sekarang.. kira seangkatan dengan ummi mesti ada masalah untuk buat sesuatu terutamanya solat kan2.. tambah2 time orang tak dak nak jaga dia.. apa yg patut kita buat.. solat WAJIB kita tunaikan.. so, terpaksa la ummi biarkan Najihah bermain disekeliling ummi time solat..masa sebelum solat boleh la letak dia atas katil.. pesan elok kat dia dok elok2 jangan buaih2.. tapi mana la dia nak reti dok diam.. tambah2 baru dapat kaki ni.. keja nak berjalan ja.. tambah tambah tambah lagi pulak expert turun katil sekarang ni.. so bila time ummi solat, dia akan turun katil dan main dekat2 ummi..

okey itu halnya.. tapi yang jadi kemusykilannya.. sah ka solat kita bila anak bermain ditepi kita atau tersentuh kita atau kain kita? tambahan anak yang pakai diapers.. ada orang kata batal sebab ada najis... asehhhh..huh.. jenuh la ummi kalau macam nie.. nak kena ikat la Najihah kalau macam tu hukum dia???





so, untuk kemusykilan ni.. baik kita rujuk pada yang pakar.. ummi dapatkan di blog ustaz Zaharuddin..

ini penyelesaiannya : 

Jawapan Ust Zaharuddin
Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.
Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat saya ini adalah kerana :-
a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )
Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani.  cet : Bayt Afkar )
Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat) .

boleh rujuk sini

Alhamdulillah.. dah selesai masalah.. ummi dok pikir kalau la batal solat.. abes sia2 ja la solat ummi selama nie.. kena cari masa nak qada' pulak la..jenuh la ummi..huhu.. nak kena kurung Najihah dalam bilik aiq sat la.. huhu.. Tapi Islam bukan membebankan umatnya.. Allah maha adil.. cuma manusia ja yang menyusahkan diri mereka sendiri..

sekian..---;-<@ 

Sunday, August 21, 2011

senyum

setiap hari kucuba untuk senyum walaupon pahit..

( ^___________________________________ ^ )