perjalanan hidup kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cahaya mata kami

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 14, 2011

antara impian ummi

Assalamualaikum..  semoga anda semua ceria2 selalu..
Bila Tanya setiap isteri apa impian anda.. mesti jawapan depa semua ala2 sama ja.. dekat je nak iras jawapan2 mereka.. macam tu la jugak ummi sebagai isteri dan seorang ibu.. iaitu ingin menguruskan rumahtangga, suami dan anak2 dengan sebaik mungkin ..

tu la impian ummi juga.. so, kesinambungan dari impian itu ada 1 lagi impian ummi.. Tapi ummi tak tau la impian ummi ni sama tak dengan isteri2 lain diluar sana.. tapi yang pasti ni la impian ummi..
Sebelum kawen lagi ummi memang mengimpikan hal ini.. impikan apa ya?? Asyik dok intro je..ekeke
Ummi sebelum kawen lagi dah pasang angan2 tau.. apa taknya untuk masa depan o0oo.. angan2 la dulu kan.. kalau tak angan2 macam mana nak cipta cita2.. kalau tak bercita2 macam mana nak usaha.. kalau tak usaha macam mana nak capai kan.. kalau tak capai macam mana nak jadi reality kan2.. intro laaggii..:)
Ummi impikan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan dipenuhi kasih sayang.. dan mengimpikan sebuah keluarga yang dapat hidup dengan sendirinya. Susah dan senang diharungi bersama tanpa melibatkan orang lain termasuk keluarga ibu ayah adik beradik lain..
so untuk itu.. Yang ummi impikan sangat adalah sebuah rumah sendiri tak kira la kecik ka besar asalkan selesa dan tenang untuk dihuni kami suami isteri dan anak2.. 



 bila dah ada rumah sendiri baru la seronok nak deco2 kan2.. ummi teringin sangat nak menghias rumah bagi cantik2.. biarlah hiasan tu hasil susunan tangan ummi sendiri dan dibuat hasil kerjasama kami suami isteri.. rumah kan luas.. ada ruang tamu.. ada dapur.. bilik tidur utama.. bilik tidur biasa boley buat bilik baby, bilik bacaan atau bilik tetamu.. dan ada bilik air.. eh termasuk gak..ekeke.. ha la.. bilik air pon boley deco bagi cantik maa..
Tu la yang ummi impikan.. ntah bila nak dapat pon tak tau la.. angan2 tinggi sangat sampai tak boleh nak jangkau..huhu.. kalau dapat time ummi dah tak larat nak deco lagi tak dak gunanya jugak kan.. huhu.. hanya doa sebagai senjata..

Malas la nak sedey2.. sedey pon tak dak sapa pujuk pon.. duk sedey sorang2 lama2 jadi mengong.. so, jom kita tengok deco2 yang cantik rumah orang dulu la..nanti bila ummi dah ada rumah sendiri dah deco cantik2 ummi kongsikan dengan pembaca semua.. ceewwaaahh angan tuuuhhh..hehe

okey la jom ikut sayaaa..
Kita pi kat bahagian ruang tamu dulu la..



english style.. banyak munger ros


tenangnya hijau




Tu la antara deco2 yang ummi teringin sangat nak buat untuk rumah ummi sendiri.. ingat nak buh banyak lagi..tp da problem sikit.. so tu ja la.. tak pa la kan, nanti nampak lak kuat berangannya tuhh..hehe

ummi harap ummi berkesempatan untuk merasai kehidupan sendiri di rumah sendiri..
“ Ya Allah hanya padaMU ku mohon dan meminta.. hambamu ini hanya mampu merancang tapi perancanganMu itu adalah yang terbaik.. hambamu ini redha dengan segala ketentuan.. oleh itu, berikanlah aku ketenangan dan kesabaran untuk menempuhi segala apa yang engkau telah tetapkan kepadaku..” Amiinn..
Oke tu saja kot.. doa2 la kat saya sama.. wassalam ---;-@

Nota kaki : saya takut nak sentuh barang orang.. sebab tu saya membiarkannya.. ( buat2 le paham..haha )

No comments:

Post a Comment