Assalamualaikum..
apa kabaq semua..salam satu saudara..
lama betui ummi tak menulis ye..maap la lepas ja exam ummi balik kampung..balik kg kena la posa..posa ternet..
ermmm... baiklah..
Haritu ummi ada
kata nak cerita pasai minggu praktikum ummi kan..kisah suka duka sepanjang
praktikum..
Ha ni dia nak cita
bagi la ni..
Sebelum mula cita
praktikum meh ummi habaq sekali lalu kehidupan sebelum praktikum.. camna
kehidupan budak2 yang dapat KPLI jQAF nie ( ermm budak2 tu termasuk dengan mak
dan bapak budak yer..hehehe)..
Dapat ja surat
mesti tengok mod kursus tu jenis apa? O0o0o mod kursus anda adalah jenis LPBS
iaitu latihan perguruan berasaskan sekolah.. itu bermakna anda tidak akan
belajar sepenuh masa di IPG..( eh tau ka IPG tu apa? Search sendiri la tu pon
nak habaq..haha..).. jadi makna kata disini..tak dak maknanya la nak bersenang
lenang belajaq ala2 U dolu-dolu.. kena masuk sekolah jawabnya..belajaq daripada
pengalaman sekolah.. lagi tak bermaknanya disini apabila cuti2 hangpa akan
masuk IPG belajaq..( ha time ni la hangpa nak bersenang lenang macam dok U
dolu-dolu..tp tak senang jugak..kerja kumpulan berlambak-lambak.untuk presentation
dalam kelas..waaaa... tak sempat nak p jalan tesco wpon hanya 5 minit ja jalan
kaki dri IPG ummi sampai pintu tesco tu..huhu..) time belajaq kena la belajaq
betoi2 sebab hanya berapa kali cuti ja yg ada kan..makna kata hanya belajaq
beberapa kali ja la untuk khatam segala buku dan modul2 yg diberikan..( jenuh
gak nak khatam buku bila exam haritu..huhu :( )
Haa..tu la cita
pasai kena belajaq dulu dan dalam masa yang sama masuk sekolah jadi macam
cikgu2 biasa..dapat kelas pon belambak-lambak masa macam cikgu biasa jugak..
tempoh selama 1 tahun… rutin ala2 guru dah dapat gaji DG41..wpon hanya dapat
elaun RM1*** dari IPG..
Habes ja masa 1
tahun mod LPBS tu.. dah cuti hujung tahun.. dan time cuti tu jangan harap nak
makan2 angin lagi..wpon perut dah kembung dengan angin..hangpa lapaq angin
macam mana pon kena bertahan jugak sebab kena masuk IPG dan belajaq dan belajaq
dan belaaaajaqqq..sampai la 2 minggu sebelum buka sekolah…ada 2 minggu ja nak
wat pape pon..ada yg nak p mkn angin..ada yg nak buang angia.. ada yg nak
kawen..ada yang nak p kenuri kawen..segala-galanya time tu la..
Abes la 2 minggu
cuti yang entah cuti atau macam tak ja…
Tahun baru pon
bermula… taraaaa.. masuk la anda ke sekolah yang sama sebagai guru praktikum..
Ermmm.. masuk
sekolah mula2 mcm biasa..cikgu2 lain dan termasuk guru besar pon dah anggap
kami macam guru lama disitu.. so ketidakfahaman mereka perlulah diperjelaskan
yang mengatakan bahawasanya kami ini adalah guru praktikum.. walaubagaimanapon
mereka masih tidak faham jugak status kami ini.. so buat biasa ja la… sampai la
kami dapat jadual pon sampai 30 masa… aik mana aci… ada budak praktikum mod
sepenuh masa di IPG dan buat praktikum disekolah ni dapat masa 12 masa ja..beza
jauh mak aiii dengan kami.. memang tak adil..not fair la org kampong ummi
kata..
Haaa ni baru
intro.. tak masuk lagi nie… haish bila nak masuk nie..???? jeng..jeng..jeng…
Sebelum mula
minggu praktikum.. kita kena la p bincang sgan GB atau PK Tanya tentang jadual
praktikum..mintak kelas nak uat praktikum..bincang punya bincang ummi pon
decide ambil kelas pendidikan islam tahun 5 sebagai major dan Bahasa Arab
sebagai minor ummi tahun 3..Alhamdulillah dapat kelas budak2 pandai.. ( kadang2
pandai terlebey budak2 ni sampai cikgu pon tak hormat, terasa pandai atau
terasa dia tu anak kepada orang yang pandai.. maklum la ramai anak cikgu,
peguam, akauntan dan macam2 lagi high standart mak bapak budak2 nie )
Okeh masuk Minggu
pertama praktikum..mula hari pertama… alamakkkk..macam mana ni nak wat RPH
al-Quran nie.. sebab silibus 6 bulan pertama budak2 ni ken abaca al-Quran..
bukannya surah2 pendek.. waaa..kelam kelibut la buat RPH hari pertama, kedua, ketiga dan keempat…..
ummi amik 4hari ja.. ingat leh rehat la hari keempat tu sebab hari esoknya tak
perlu buat RPH…tetapi lagi la kelam kelibut bila ummi dok rehat2 dengan Najihah
dan..kring..kring..telepon bunyi mesej pensyarah habaq nak mai observe.. waaaa
terus tipon dia Tanya nak mai observe ka nak mai melawat lawatan social???
Whattt?? Nak mai observe trus… ummi habaq kat dia kata esok saya tak dak kelas
praktikum.. tahun 5 tak ada masa pendidikan Islam esok… dia kata nak mai
jugak..ejas la macam mana pon.. ummi dah hangin dan pening satu macam ja.. rasa
ngandung dulu pon tak macam nie.. geram rasa sebab ikut suka dia ja nak mai
bila.. orang dah bagi jadual.. pastu bagitau time petang dah pon.. dah balik
sekolah dah pon..pejabat pon dah tutup.. piker-pikir punya piker.. ummi
terpaksa ambil kelas ummi jadual biasa esoknya iaitu kelas tahun 2..
memandangkan ummi dah biasa buat RPH Al-Quran, ummi pon buat la ikut mcm tahun
5 tapi turunkan sedikit levelnya.. kalut ummi buat RPH petang tu sampai merap
suami jangan pi niaga malam tue.. mintak tolong jaga najihah.. pastu merap dia
pESOKNYAa… mai la pensyarah nie.. buat la ummi pengajaran dengan bebudak yang
tak berapa nak pandai berlakon tu.. budak2 tu pon buat perangai macam biasa
wpon dah kena pesan awai2..geram jugak..tp sabar2.. abes sesi pengajaran ada la
sedikit perbincangan dengan pensyarah… masa dia bagi komen2 tu dia ada la Tanya
ni guna pedagogi apa ya? Guna pendekatan apa? Strategi apa?guan teknik apa??
Makkk aiii aku belom khatam lagi bab tu.. waaaa terkelu lidah ummi.. yang dok
ingat sikit2 terus jadi lupa.. betoi terus lupa macam orang tak pernah belajaq
sebelom nie.. huhu rasa nak nangis pon ada.. tapi dia tak marah pon.. dia bagi
teguran la.. dia habaq serba sedikit perkara yg perlu ada dalam RPH dan cara
kawalan kelas.. dan yang penting dia kata dia suka pengajaran berpusatkan
murid.. ( makna kata kena buat banyak aktiviti dengan murid la nie.. )
Tu la cita minggu pertama…pastu minggu seterusnya ummi
buat RPH selepas waktu sekolah.. dan ummi pon stay back di sekolah untuk
siapkan rph ummi tue.. kalau sempat siapkan skali dengan BBM ( bahan bantu
mengajar ).. ummi akan balik dalam pukul 4 petang..huhu.. masa dirumah adlah
untuk anak.. sebab piker kesian kat najihah tak sempat nak menjenguk dia
semenjak seminggu ummi praktikum nie.. ummi kena manage masa dengan betul
supaya praktikum ummi tak terabai dan najihah pon tak terabai..
Begitu la rutin
harian ummi pada minggu kedua dan ketiga.. ummi akan siapkan RPH siap2 walaupon
untuk hari isnin minggu depan, ummi siapkan pada hari jumaat minggu
sebelumnya.. minggu kedua dan ketiga ummi siap potong2 bacaan qari ikut
rancangan yang ummi buat..tapi si dia tak mai pulak..huhu..menunggu dalam
ketakutan..
haaaa... apa jadi pada minggu seterusnya?? bersambung ke part 2
wassalam ---;-<@